#AL-FATIHAH~Pengasas Jeruk Madu Pak Ali meninggal dunia

GEORGETOWN: Pengasas perusahaan jeruk dan makanan ringan terkemuka Jeruk Madu Pak Ali, Ali Omar, 72, meninggal dunia di rumahnya di Taman Desa Murni, Butterworth pada jam 2 petang tadi.

Ali yang mengasaskan perusahaan jeruk sejak 1985 itu meninggal dunia selepas menderita sakit sehingga membataskan pergerakan beliau yang mana berpunca daripada serangan strok beberapa tahun lalu.

Jenazah pengusaha Bumiputera terkenal itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Nibong dekat sini, kira-kira jam 8 malam.

Perusahaan jeruk yang diasaskan Ali mula berkembang menjadi satu jenama besar pada 2007 di negara ini.

ANTARA produk Jeruk Madu Pak Ali. FOTO Zulfa Mohamad

Produknya dieksport bagi memenuhi permintaan jeruk di Arab Saudi, Afrika Selatan serta United Kingdom.


Ia kini diuruskan anak lelakinya, Alias Ali, 39.[hmetro]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: