#MH370 HILANG~DCA tidak tolak MH370 mungkin dirampas

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman (tengah) pada sidang media terkini mengenai kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH 370 di Sepang hari ini. - Foto Bernama

SEPANG - Jabatan Penerbangan Awam (DCA) tidak menolak kemungkinan pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 ke Beijing yang dilaporkan hilang dari radar sejak Sabtu lalu, dirampas.

Namun, menurut Ketua Pengarahnya, Datuk Azharuddin Abdul Rahman, pihaknya memerlukan bukti kukuh bagi mengesan apa yang berlaku ke atas MH370 itu.

“Pada tahap ini, kami tidak menumpukan pada mana-mana kemungkinan. Kami melihat pada semua sudut tentang apa yang mungkin berlaku pada pesawat tersebut,” katanya pada sidang media di Hotel Sama Sama, hari ini.

Bagi mengesahkan apa yang berlaku, DCA tetap memerlukan bukti kukuh dalam bentuk bangkai pesawat.

“Malangnya, kita masih tidak dapat menemui mana-mana bahagian pesawat ataupun mengesan lokasinya,” katanya.

Sehingga jam 7 malam, masih tiada sebarang penemuan dilaporkan daripada mana-mana unit yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat di kawasan-kawasan terlibat.[SH]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: