#SENSASI~Pemimpin Syiah, 114 ditahan di Selama

Seramai 114 individu, dipercayai penganut ajaran Syiah ditahan di Selama Perak, malam tadi dalam operasi bersama Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) bersama polis setempat malam tadi.

Perkara itu disahkan sumber polis kepada Malaysiakini hari ini.

Bagaimanapun, polis menegaskan mereka hanya membantu JAIP dalam operasi itu.

Pemimpin Syiah Malaysia Mohd Kamilzuhairi Abd Aziz yang turut ditahan berkata, tangkapan dibuat dalam majlis sambutan hari kelahiran cucu Nabi Muhammad dan adik kepada Saidina Husin, Siti Zainab.

“Turut ditahan kanak-kanak dan kaum wanita,” kata pemimpin Persatuan Syiah Malaysia itu ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Katanya, selepas ditahan mereka semua dibawa dari tempat serbuan di Bukit Ijok, Selama ke ibu pejabat polis (IPD) Selama sebelum dibebaskan selepas itu.

Penahanan mereka dibuat bawah Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Perak) 20014, menurut setiausaha persatuan itu Mohd Nasir Sahari.

“Kesemua yang ditahan diminta hadir ke JAIP pada bulan depan pada tarikh yang berbeza-beza.

"Macam saya diminta hadir pada 24 Mac,” kata Mohd Nasir yang tidak berpuas hati dengan tindakan itu.

Cubaan Malaysiakini menghubungi pejabat JAIP gagal lantaran cuti Ahad di Perak.[malaysiakini]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: