#SENSASI~Sebutan kes khalwat pemimpin politik wanita 19 Mac ini

Keratan Sinar Harian semalam.

KANGAR - Mahkamah Syariah di sini menetapkan 19 Mac depan sebagai tarikh sebutan kes seorang pemimpin politik wanita yang dituduh berkhalwat bersama pasangannya selepas mereka ditahan anggota Bahagian Penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) di sebuah hotel, awal pagi kelmarin.

Menurut sumber Bahagian Penguatkuasa JAIPs ketika dihubungi, kedua tertuduh telah dibenarkan diikat jamin dengan seorang penjamin sebanyak RM2,500 setiap seorang.
Katanya pasangan itu kini dibebaskan setelah membayar wang jaminan tersebut sementara menunggu kes berkenaan disebut di mahkamah.

Jelas beliau, keduanya akan didakwa mengikut Seksyen 9, Enakmen Jenayah Dalam Syarak 1991 Negeri Perlis yang membawa kepada denda sehingga RM5,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Dalam laporan akhbar semalam, wanita yang berusia 34 tahun yang difahamkan seorang janda tiada anak itu telah ditahan dalam sebuah bilik bersama pasangannya berusia 47 tahun berasal dari Terengganu, jam 1.30 pagi kelmarin.

Sebelum serbuan, siasatan dilakukan terlebih dahulu oleh Bahagian Penguatkuasa JAIPs selepas menerima maklumat awam pada pukul 10 malam.

Hasil serbuan itu lelaki berkenaan didapati hanya memakai tuala dan kemeja T semasa membuka pintu manakala wanita itu pula memakai baju lengan panjang dan berkain batik berada di atas katil.

Mereka yang memberi kerjasama juga mengaku tiada sebarang ikatan perkahwinan.[SH]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: