#TERKINI~Isteri dan anak-anak bekas CEO Celcom antara penumpang MH370

KUALA LUMPUR 8 MAC : Ahli keluarga bekas Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Datuk Mohamed Ramli Abbas adalah di antara penumpang yang berada di dalam pesawat Malaysia Airlines yang terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang kira-kira pukul 2.40 pagi, awal hari ini.

Berita ini disahkan oleh Celcom di dalam satu kenyataan media.

Celcom berkata isteri Mohamed Ramli Abbas , Datin Biby Nazli Mohd Hassim bersama dua anak perempuannya Maria Mohamed Ramli Yunus dan Dina Mohamed Ramli Yunus, berada di dalam pesawat tersebut.

“Sehubungan dengan berita ini, kami memohon semua warga Celcom untuk terus berdoa agar ahli keluarga, rakan-rakan, penumpang serta krew pesawat MH370 berda di dalam keadaan selamat dan dilindungi oleh Allah SWT,” kata kenyataan itu.[selangorkini]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: