#TERKINI~Kadar tol Jambatan Kedua P.Pinang bermula dari RM1.70 hingga RM70.10

Jambatan kedua Pulau Pinang iaitu Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah mula dibuka kepada umum pada 2 Mac lalu

Kutipan tol bagi Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam akan mula dibuat bermula 1 April ini.

Kadar tol yang dikenakan bermula dari RM1.70 hingga RM70.10.

Menerusi kenyataan pada Ahad, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mengumumkan bahawa kadar tol bagi kereta kecuali teksi dan bas (kelas 1) adalah sebanyak RM8.50; motosikal (kelas 0), RM1.70; kenderaan enam tayar kecuali bas (kelas 2), RM30.50; kenderaan kelas 3, RM70.10; teksi (kelas 4), RM8.50 dan bas (kelas 5), RM26.20.

Jambatan kedua Pulau Pinang itu mula dibuka kepada umum pada 2 Mac lalu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: