#MH370: Fariq cuba hubungi seseorang sewaktu pesawat di Pulau Pinang?

Kerajaan akan meneliti laporan sebuah akhbar tempatan yang menyatakan seorang anak kapal MH370 cuba membuat panggilan ketika pesawat terbang rendah di ruang udara Pulau Pinang pada hari ia dilaporkan hilang.

Menurut laporan AFP, Kementerian Pengangkutan akan memberi kenyataan secepat mungkin mengenai laporan hari ini oleh akhbar New Straits Times itu.

Akhbar itu yang memetik sumber berkata, pembantu juruterbang Fariq Abdul Hamid cuba membuat panggilan sewaktu pesawat itu terbang serendah 5000 kaki di ruang udara Pulau Pinang pada hari kehilangannya.

Panggilan tersebut bagaimanapun terputus sebelum sambungan berjaya dilakukan kerana kelajuan pesawat tersebut terbang.

Tambah laporan NST itu lagi, siapa yang dihubungi oleh Fariq tidak berjaya diperolehi kerana enggan didedahkan oleh sumber tersebut. - AGENSI

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: