#GEMPAR~Anggota polis trafik cedera rempuh kereta buat pusingan U

Keadaan kereta terlibat dan motosikal ditunggangi anggota trafik yang rosak. Foto kredit: facebook I Love Perlis.

KANGAR - Seorang anggota trafik cedera di muka apabila motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangnya merempuh sebuah kereta dari arah bertentangan berhampiran Kompleks Kesihatan Negeri Perlis di Jalan Kangar-Utan Aji, dekat sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, dalam kejadian kira-kira jam 5.45 petang, anggota trafik terbabit merempuh sebuah kereta yang membuat pusingan U di jalan tersebut.

Menurutnya, berdasarkan siasatan awal kereta itu telah menghalang laluan motosikal semasa membuat pusingan U untuk kembali ke arah bandar.

“Anggota trafik ini gagal mengelak dan merempuh bahagian kiri kereta kerana tidak menyangka kereta itu akan terus berpusing dan masuk ke jalan yang menghala ke Kangar.

"Mangsa yang cedera di muka kemudiannya dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah untuk rawatan lanjut," katanya.

Katanya, pemandu kereta terbabit bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan kerana memandu secara cuai,” katanya.

Jelas Abdul Rahman, anggota trafik itu dalam perjalanan pulang ke Balai Trafik Kangar dari arah Utan Aji selepas selesai melakukan tugas mengiring kenderaan kontinjen negara Brunei yang menyertai Sukan Malaysia (Sukma).

Sehubungan itu, beliau meminta kerjasama orang ramai supaya berwaspada dan memberi laluan kepada petugas-petugas trafik yang melakukan tugas semasa Sukma berlangsung.[SH]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: