#GEMPAR~Datuk Seri Anwar Dan Isteri Terlibat Kemalangan

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail terlibat dalam kemalangan di Desa Sri Hartamas kira-kira pukul 10 malam Selasa.

Anwar yang mengalami kecederaan di bahagian tangan kemudiannya dibawa untuk menerima rawatan di Hospital Pakar Damansara.

Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil mengesahkan mengenai insiden tersebut.

"Datuk Seri Anwar mengalami keretakan di pangkal tangan kanan berdekatan bahu, tapi Alhamdulillah beliau berada dalam keadaan selamat dan tidak memerlukan pembedahan," katanya di sini, Selasa malam.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail turut menemani Anwar dan Azizah di Hospital Pakar Damansara.

Tambah beliau, Wan Azizah yang juga Presiden PKR turut disahkan selamat.

Kedua-dua mereka kini dibenarkan pulang ke rumah.

Credit

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: