#GEMPAR~Pemilik Manchester United, Malcom Glazer Meninggal Dunia

Pemilik kelab Liga Perdana Inggeris, Manchester United, Malcom Glazer, 86, meninggal dunia pada awal pagi Rabu.

Perkara itu disahkan oleh The Buccaneers, sebuah francais NFL yang turut dimilikinya.

Menurutnya, Glazer mengalami penyakit strok baru-baru ini dan anak lelaki mengambil alih pemantauan operasi kedua-dua kelab itu.

Ahli perniagaan Amerika Syarikat (AS) Glazer dan enam anaknya mengambil alih kelab Inggeris itu pada 2005 dikritik oleh peminat Red Devils kerana kelab itu menanggung bebanan hutang yang banyak.

Difahamkan kematian Glazer tidak akan menjejaskan pemilikan terhadap kelab Liga Perdana Inggeris itu dimana keluarga tersebut memiliki 90 pegangan saham.

“Kami mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Glazer. Doa kami bersama mereka,” kata jurucakap United.[wowberita.org]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: