#REKOD~Kucing Paling Tua Di Dunia Yang Di Rekodkan Oleh Guinness World Records

Seekor kucing tertua yang baru saja dicatatkan dalam Guinness World Records bernama Poppy. Kucing betina yang tinggal di kawasan Bournemouth. UK ini rekodkan sudah berusia 24 tahun. Poppy lahir pada bulan Februari 1990.

Jika disetarakan dengan usia seorang manusia, usia Poppy telah mencapai 114 tahun, berbeza dua tahun sahaja dari Misao Okawa, manusia tertua di dunia yang usianya kini 116 tahun.

Marguerite West, pemilik Poppy yang menerimanya sejak usianya 5 tahun mengatakan, "Dia pekak dan buta, serta mengeong untuk apa saja, kami memanggilnya dengan sebutan Poppy yang tak terduga. Dia boleh menaiki tangga tetapi kami tidak membenarkannya menuruni tangga."

Margueritte juga mendedahkan rahsia Poppy boleh panjang umur. Menurutnya perkara tersebut kerana pola makan dan aktiviti fizikal, "Menurut saya dia mempunyai pola makan yang baik dan sering bersenam. Dia menjaga kesihatannya dengan banyak berjalan dan banyak makan. Dia tidak pernah menjadi kucing gemuk. Kami kadang juga memberinya ayam goreng, ikan, kerepek , dan sedikit kebab, "ungkap wanita itu.

Sumber:dairishare.blogspot.com

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: