#PENANTIAN~Michael Schumacher akhirnya sedar dari koma

JUARA tujuh kali sukan permotoran Formula Satu dikhabarkan telah pun sedar dari koma yang dialaminya sejak akhir tahun lalu.

Dalam satu kenyataan yang dipetik melalui The Telegraph, jurucakap rasmi bagi Schumacher, Sabine Kehm memberitahu bahawa belia telah pun meninggalkan Grenoble Hospital untuk menyambung sesi terapi dan pemulihannya.

Namun menurut kenyataan tersebut lagi, perkembangan terbaru mengenai lokasi terkini lagenda Formula Satu itu tidak diberitahu.

Michael Shcumacher, 44, dilaporkan berada dalam keadaan koma selepas kepalanya mengalami kecederaan teruk akibat kemalangan ketika sedang bermain ski di pusat peranginan Pergunungan Alps, Perancis, pada Disember lalu.

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: