#PIALA DUNIA 2014~Neymar julang pasukan Brazil ungguli kumpulan A

NAMA Neymar terus meniti di bibir peminat bola sepak apabila menyumbang dua gol ke gawang lawan, menjadikan kemenangan 4-1 milik Brazil pada perlawanan menentang Cameroon yang berlangsung awal pagi tadi.

Penggempur Brazil itu terus membinasakan benteng pertahanan lawan di Brasilia dalam separuh masa pertama.

Gol pertama perlawanan terhasil apabila Neymar menembusi perangkap Cameroon selepas diumpan bijak oleh Luis Gustavo.

Cameroon cuba mengasak kembali kubu milik lawan dengan gol sulung dari Joel Matip namun Brazil bertindak memperkukuh kedudukan menerusi jaringan Fred dan pemain gantian, Fernandinho.

Cubaan kedua Neymar mengasak gawang gol Cameroon berjaya apabila bintang Barcelona itudiberi peluang melepaskan tendangan mengelirukan ke arah penjaga gol Charles Itandje.

Manakala Fernandinho terus menguburkan impian Cameroon dalam mengejar Piala Dunia Fifa apabila dia menyudahkan gol keempat perlawanan bagi Brazil dan Cameroon.

Kemenangan skuad Selecao itu sekali gus melonjakkan Brazil untuk mengetuai Kumpulan A dalam Piala Dunia Fifa 2014.[SH]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: