#PIALA DUNIA 2014~'Suka' mengigit: Hukuman berat menanti Luis Suarez

Giorgio Chiellini digigit Suarez ( kanan) semasa perlawanan Italy bertemu Uruguay awal pagi tadi. - Foto EPA

TONGGAK utama Uruguay, Luis Suarez mungkin dikenakan hukuman lebih berat selepas menggigit pemain Itali, Giorgio Chiellini dalam pertembungan terakhir Kumpulan D, awal pagi tadi.

Rakaman ulang tayang insiden itu di televisyen menunjukkan Suarez menggigit bahu Chiellini selepas kedua-duanya bergelut di kawasan kotak penalti.

Insiden itu berlaku dalam temph seminit sebelum Uruguay menjaringkan gol kemenangan menerusi Diego Godin pada minit ke-81.

Uruguay layak mara ke pusingan seterusnya selepas membenam Itali 1-0.

Untuk rekod, ini adalah insiden menggigit kali ketiga yang dilakukan Suarez. Sebelum ini dia pernah digantung sepuluh perlawanan gara-gara tindakannya itu.

Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) mengesahkan sedang menyiasat insiden tersebut dan Suarez mungkin dikenakan denda lebih berat walaupun terlepas hukuman ketika perlawanan itu.

“Kami masih menunggu laporan pegawai perlawanan. Kami akan mengumpul segala elemen yang ada kaitan untuk menyiasat perkara ini,” kata seorang jurucakap Fifa.

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: