#SEJARAH~Setem kenang-kenangan sempena pembukaan KLIA2 dikeluarkan mulai esok

Kakitangan Pos Malaysia Berhad, Nurshafiqa Mat Kasim, 25, menunjukkan koleksi setem gambar-gambar lokasi menarik Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) yang dikeluarkan oleh Pos Malaysia selepas sidang akhbar di Ibu Pejabat Pos Malaysia di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Bersempena pembukaan rasmi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) esok, Pos Malaysia Berhad akan mengeluarkan setem kenangan-kenangan dan beberapa produk filateli lain.

Ketua Unit Setem dan Filateli Pos Malaysia Yasmin Ramli berkata, setem berkenaan dikeluarkan dalam empat reka bentuk, yang mengandungi gambar Bangunan Terminal Utama, Gateway@klia2, Skybridge dan Balai Berlepas lapangan terbang baharu itu.

Pengumpul setem boleh mendapatkan koleksi khas ini di pejabat Pos Malaysia mulai 8.30 pagi esok, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, dalam kenyataannya, Pos Malaysia berkata 50,000 sampul surat hari pertama berharga 50 sen setiap satu boleh didapati mulai esok.

Di samping itu, katanya orang ramai juga boleh mendapatkan folder pada harga RM6 setiap satu di cawangan Pos Malaysia terpilih.

Peminat setem dinasihati menjadi pemegang Akaun Deposit Arahan Tetap (SODA) untuk memudahkan mereka mendapatkan setem dan produk filateli lain, tanpa perlu beratur di pejabat Pos Malaysia. - Bernama

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: