#SENSASI~Insiden kemalangan pesawat MAS berulang lagi

Bahagian bawah badan kapal terbang yang robek dilanggar kenderaan bagasi di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA), semalam. - Foto dipetik The Sun

SHAH ALAM – Satu lagi insiden membabitkan pesawat Malaysia Airlines (MAS) dilanggar sebuah kenderaan bagasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.

Menurut laporan The Sun, pelanggaran itu menyebabkan pesawat B737-800 mengalami kerosakan serius di bahagian bawah badan kapal terbang.

Dalam pada itu, pihak MAS yang turut mengesahkan kejadian tersebut.

MAS turut berkata, insiden turut mengakibatkan kerosakan pada fiuslaj pesawat.

Menurut MAS lagi, pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung insiden berkenaan.

“Buat masa ini, pemandu kenderaan bagasi tersebut digantung kerja sementara siasatan bagi mengetahui punca sebenar kejadian.

“Kesemua penumpang yang dijadualkan menaiki pesawat tersebut telah dipindahkan ke pesawat lain untuk meneruskan penerbangan mereka,” katanya dalam sebuah kenyataan.[SH]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: