#INFO SIHAT~ Virus JE Dan Bagaimana Ia Membiak Dan Merebak?

Nyamuk Culex

VIRUS JE(Japanese Encephalitis) membiak di dalam tubuh khinzir (perumah pengganda). Apabila nyamuk betina Culex menghisap darah khinzir, ia membawa bersama virus JE.

Selepas 14 hari, nyamuk ini berupaya untuk menyebarkan virus JE kepada perumah baru iaitu khinzir.

Manusia boleh mendapat jangkitan JE jika digigit oleh nyamuk Culex yang membawa virus, namun manusia adalah perumah terakhir.

Jangka masa seseorang itu mulai dijangkiti mengambil masa di antara empat hingga 16 hari.

Nyamuk Culex membiak di tempat takungan air semula jadi yang kotor seperti kolam, lopak air, parit dan sawah padi.

Nyamuk Culex biasanya menggigit pada waktu senja hingga subuh.


1. Pengenalan

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan sekurang – kurangnya 50,000 kes dan 10,000 kematian berlaku setiap tahun disebabkan oleh Japanese encephalitis. Kebanyakan mangsa penyakit ini adalah kanak – kanak.

Disamping memyebabkan kadar kematian yang tinggi, penyakit ini juga mengakibatkan kerosakan kekal pada sistem saraf mangsanya.

Penyakit ini berlaku terutamanya di kawasan negara – negara Asia seperti di China, Japan, Taiwan, Korea, Filipina, Thailand, Indonesia, Malaysia, Bangladesh, India dan Sri Lanka, Vietnam dan Cambodia.

Di Malaysia penyakit ini berlaku secara sporadik terutama di negeri – negeri Sarawak, Perak dan Pulau Pinang. Purata kes 10 tahun ini (1989 – 1998) adalah sebanyak 45 kes setiap tahun. Kes Japanese encephalitis pertama dilaporkan di Malaysia adalah pada tahun 1952. Wabak Japanese encephalitis juga dilaporkan berlaku di Pulau Langkawi (1974), Pulau Pinang (1988), Sarawak (1992) dan terkini di Ipoh, Perak (1998).

2. Apakah penyakit Japanese encephalitis ?

Japanese encephalitis adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh virus yang disebarkan melalui gigitan nyamuk Culex. Ini adalah sejenis penyakit zoonis (antara binatang) tetapi kadangkala berjangkit kepada manusia. Virus ini menyerang sistem saraf pusat (CNS).

Virus yang menyebabkan penyakit ini dikenali sebagai virus Japanese encephalitis. Ianya pertama kali diasingkan pada tahun 1935 daripada otak pesakit yang meninggal kerana penyakit ini di Jepun.

3. Tabiat nyamuk pembawa penyakit Japanese Encephalitis

Hanya nyamuk culex sahaja boleh merebakan penyakit Japanese Encephalitis.

Beberapa spesis culex yang dikenal sebagai vektor kepada virus Japanese Encephalitis di Malaysia adalah culex triaeniortychus, culex gelidus dan culex vishnui.

Saiznya kecil, berwarna kekuningan dan suka membiak di tempat takungan air semula jadi yang kotor seperti kolam, lopak air, parit dan sawah padi.

Nyamuk culex biasanya menggigit pada waktu senja hingga subuh (6.30 petang – 6.30 pagi).

Nyamuk culex lebih gemar menggigit khinzir atau binatang lain seperti lembu, kerbau, anjing, biri-biri, kambing, burung, monyet dan kuda. Tetapi khinzir dikenali sebagai perumah pengganda (amplifier host), oleh itu ia berupaya menyebar virus ini kepada binatang lain melalui gigitan nyamuk. Binatang yang dijangkiti virus ini biasanya tidak meninggalkan gejala penyakit Japanese Encephalitis kecuali kuda daripada manusia.


Bagaimana penyakit ini merebak ?

Penyakit Japanese encephalitis tidak boleh merebak dari manusia kepada manusia.

Penyakit ini tidak boleh merebak dengan memakan daging khinzir.

Virus Japanese encephalitis membiak di dalam tubuh khinzir (perumah pengganda). Apabila nyamuk betina Culex menghisap darah khinzir, ia membawa bersama virus Japanese encephalitis.

Selepas 14 hari nyamuk ini berupaya untuk menyebarkan virus Japanese encephalitis kepada perumah baru (khinzir).

Manusia dan kuda boleh mendapatkan jangkitan Japanese encephalitis jika digigit oleh nyanuk Culex yang membawa virus. Namun manusia dan kuda adalah perumah terakhir (dead end host).

Ia berlaku apabila populasi nyamuk tinggi di sesuatu kawasan kerana terdapat banyak tempat pembiakan.

Wabak penyakit ini boleh berlaku di kalangan manusia apabila terdapat keadaan ekologi yang sesuai iaitu apabila kepadatan virus Japanese encephalitis yang tinggi di dalam binatang perumah (khinzir) dan populasi nyamuk Culex yang tinggi.

Apakah tanda penyakit Japanese encephalitis ?

Selepas 5 – 15 (IP atau tempoh pengeraman) hari daripada hari digigit oleh nyamuk Culex yang membawa virus Japanese encephalitis ini manusia akan menunjuk tanda – tanda penyakit ini.

Di dalam manusia, virus Japanese encephalitis akan berkembang di dalam sistem limfatik, kemudian menyerang sel – sel saraf pusat melalui darah.

Sistem pertahanan tubuh manusia akan bertindakbalas mengeluarkan antibodi (neutrilizing anti body) bagi menghambat perkembangan virus Japanese encephalitis. Kebanyakan manusia yang dijangkiti virus ini adalah sihat dan tidak menunjukkan apa-apa tanda penyakit Japanese encephalitis. Hanya 1 dalam 300 orang yang dijangkiti virus Japanese encephalitis akan jatuh sakit. Ia bergantung kepada beberapa banyak virus yang disuntik ke dalam badan dan keupayaan badan bertindakbalas mengeluarkan antibodi melawan kuman ini.

Tanda – tanda penyakit

Tanda – tanda awal (Prodromal Stage)
-Demam
-Sakit kepala
-Keletihan
-Loya (Nausea)
-Muntah

Tanda – tanda peringkat akut (Acute encephalitis stage) – biasa pada hari ketiga hingga kelima
-Gangguan kesedaran
-Mereng (confusion)
-Koma
-Sawan (convulsion)
-Menggeletar bahagian anggota badan (tremor)

Tanda – tanda lain
-Tidak boleh bercakap (Aphasia)
-Lemah anggota badan (Paresis)

6. Bagaimana dengan rawatan ?

Rawatan

Tiada rawatan khusus untuk penyakit ini tetapi rawatan sokongan adalah penting seperti rawatan bagi demam, gantian air dan elektrolit, penjagaan sistem pernafasan, bantuan penafasan jika perlu. Jika pesakit mengalami kerosakan pada sistem saraf, rawatan rehabilitasi adalah amat perlu.

Di antara 25%-30% pesakit Japanese Encephalitis berakhir dengan maut, manakala 50% lagi akan mengalami kerosakan dan gangguan sistem saraf yang kekal.

7. Cara mencegah penyakit Japanese Encephalitis

Elakkan daripada gigitan nyamuk

Tidur dalam kelambu
-Menggunakan ubat racun serangga (lingkaran nyamuk, repellent, aerosol spray dll).
-Memasang jejaring nyamuk ditingkap.
-Memakai baju lengan panjang dan seluar panjang semasa berada di kawasan kandang khinzir.

Hapuskan tempat pembiakan nyamuk culex

-Menyediakan saluran perparitan yang sempurna.
-Menimbus lopak-lopak air.
-Menjaga kebersihan sekitar ladang ternakan khinzir.
-Membuat semburan racun serangga di sekitar ladang khinzir.

Suntikan vaksin anti Japanese Encephalitis

Di negara kita, kadar insiden penyakit ini adalah rendah iaitu 0.4/100,000 penduduk, maka program vaksinasi seluruh penduduk adalah tidak kos-efektif. Langkah vaksinasi perlu diberikan kepada golongan yang berisiko tinggi terutama mereka yang bekerja yang tinggal di ladang ternakan khinzir dan diikuti mereka yang tinggal di sekitar ladang khinzir (dalam lingkungan 2 km) terutama kanak-kanak.

Langkah ini dijalankan di negara-negara di mana penyakit ini sering berlaku (endemik) seperti negara China, Jepun, Korea, Taiwan dan Thiland di mana golongan yang berisiko tinggi sahaja diberi suntikan vaksin.

Di Malaysia hanya kumpulan berisiko tinggi akan diberi suntikan oleh Kerajaan saperti berikut.

Pekerja ladang khinzir dan mereka yang tinggal di ladang khinzir
Jadual 0, 7 hari, 30 hari, 1 tahun, 3 tahun (booster)
Penduduk yang tyinggal disekitar ladang khinzir (dalam lingkungan 2 km) terutamanya kanak-kanak berumur < 15 tahun. Jadual 0, 7 hari, 1 tahun, 3 tahun(booster) (Peladang secara berpusat) Organised Farming Akhirnya langkah menempatkan kadang-ladang ternakan binatang jauh dari tempat kediaman dapat mencegah jangkitan Japanese Encephalitis kepada manusia. 8. Tindakan yang telah diambil oleh Kementerian Kesihatan Malaysia Beberapa mesyuarat antara agensi – agensi telah diadakan diantara Jabatan Veterinar dan Persatuan Penternak – penternak Khinzir bagi membincangkan dan menyelesaikan situasi semasa. Semua kes yang dinotifikasi akan disiasat termasuk mencari kontek bagi tindakan susulan. Memberitahu hospital termasuk klinik swasta untuk melaporkan semua kes yang disyaki Japanese encephalitis. Semburan kabus dijalankan bagi kawasan-kawasan yang berisiko tinggi dimana kes dilaporkan. Menjalankan aktiviti-aktiviti pendidikan kesihatan bagi kumpulan yang berisiko tinggi mengenai tanda-tanda awal, kawalan diri dan kebersihan. Ini telah dilaksanakan melalui Majlis Dialog diantara pekerja – pekerja ladang dan mengagihkan risalah serta poster. Vaksinasi diberi kepada kumpulan yang berisiko tinggi terutamanya yang melibatkan ternakan khinzir dan mereka yang tinggal berhampiran kawasan ternakan khinzir. Menghadkan pergerakan khinzir dari kawasan terlibat untuk membendung penyakit ini. Penguatkuasaan undang-undang (DDBIA – Destruction of Disease Bearing Insect Act, 1975 dan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988).

Rujukan lengkap KLIK SINI

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: