#PROPAGANDA~Puluhan Askar Israel Sudah Dibunuh, Berani Lapor Lima Sahaja

Tentera Israel melaporkan sejak memulakan serangan darat yang kejam ke atas Semenanjung Gaza, lima anggota tenteranya telah ditembak dan dibunuh oleh pejuang Hamas.

Menerusi laman web rejim Zionis Jerusalem Post, semalam dua lagi tenteranya dibunuh di Gaza.

Mereka yang paling terkini terbunuh ialah Staf Sarjan Bania Roval, 20, dari Holan yang berkhidmat untuk Batalion ke-10 Briged Para yang ditembak mati oleh Hamas yang keluar dari terowong rahsia dan menembak tentera rejim.

Askar Israel kedua yang terbunuh ialah Leftenan Ke-2 Bar Rahav, 21, dari Ranat Yishai dari Kor Kejuruteraan dibunuh ketika mengaktifkan sistem anti peluru berpandu berhampiran sebuah kereta perisai.

Tiga lagi askar Israel terbunuh sebelum itu dan butiran kematian mereka tidak didedahkan.

Menurut sumber kanan tentera Zionis, penguasaan terowong rahsia di Gaza tidak memberi peluang kepada mereka untuk menguasai keseluruhan terowong yang sebenarnya begitu besar dan jauh.

Bagaimanapun laporan ini sebenarynya propaganda Israel yang enggan mengakui sebenarnya banyak lagi askar mereka sudah terbunuh, khususnya menjadi mangsa penembak tepat Briged al-Qassam

Dari laporan yang diterima dari sumber dari Gaza, askar Israel yang terbunuh sudah pun mencecah puluhan orang tetapi mereka hanya berani melaporkan lima sahaja anggota mereka terbunuh.

Ini bagi memastikan moral tentera dan rakyat Israel tidak tergugat dalam kempem serangan ke atas Gaza kini.

Pada awal sebelum serangan darat Israel, pemimpin Hamas sudah pun memberikan amaran bahawa Israel akan menyesal jika meneruskan gerakan serangan darat dalam operasi kononnya membalas serangan roket yang ditembak oleh Hamas.

Menurut Jerusalem Post lagi, Hamas meningkatkan serangan ke atas askarnya yang menjalankan operasi mencari pintu masuk ke terowong rahsia di rumah-rumah warga Palestin berhampiran sempadan negara Zionis itu.

Hamas turut menggunakan terowong berkenaan sebagai laluan untuk masuk ke dalam Israel dan melancarkan serangan ke atas askar Israel.

Dalam nada ketakutan, Israel berkata kononnya mereka sudah pun berjaya memusnahkan kira-kira 13 terowong rentas sempadan sejak Khamis lepas.

Sementara itu, menurut laporan Press TV, pejuang Hamas mendakwa telah berjaya membunuh 15 orang askar Israel dan berjaya memusnahkan tiga kereta perisai dalam peperangan dengan rejim kejam itu.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan semalam, Briged al-Qassam berkata enam askar dibunuh ketika pejuang-pejuang mereka merentasi sempadan Israel di bahagian selatan di Eshkol mengikut terowong bawah tanah.

Dua lagi operasi sama turut berjaya membunuh tujuh lagi askar Israel.

Di bandar Dimona yang terletak di gurun Negev, seorang lagi askar Zionis berjaya dibunuh

Sejak 8 Julai lepas, pesawat pejuang Israel telah pun melancarkan serangan udara besar-besaran melibatkan ratusan sasaran di Gaza dan membunuh ratusan nyawa di Palestin.

Hakikatnya, ketika ini Israel sudah semakin gentar dalam melancarkan serangan darat ke atas Gaza dan mahu ia digerakkan dengan lebih hebat agar ancaman ke atas anggota tenteranya yang semakin hebat oleh pejuang Hamas.

Tambahan pula, sokongan kepada Hamas oleh Malaysia dikuatkan lagi apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan sokongan itu secara terus kepada Hamas melalui telefon.

Selain itu, terdapat satu video dimuatnaik di laman YouTube pada 18 Julai menunjukkan seorang askar Israel ditembak mati oleh penembak tepat al-Qassam. – MYNEWSHUB.MY

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: