#SENSASI~Video Wanita Caci Maki Lelaki Tua Selepas Pelanggaran Kereta Jadi Trendy di Laman Sosial

Video gelagat seorang perempuan yang mengamuk kerana keretanya dilanggar seorang lelaki berumur menjadi trending di media sosial semalam.

Kejadian dikatakan dirakam di Kuantan bila kelihatan seorang perempuan mengamuk selepas keretanya dilanggar dari belakang.

Tindakannya yang mengamuk di tengah-tengah jalan raya mengundang komen negatif pengguna media sosial.


Antara amukan yang telah dilontarkan kepada lelaki yang melanggarnya termasuk “Ini kereta barulah bodoh!” sambil menghentak pengunci stereng ke atas kereta milik pelanggarnya.

Kata caci yang turut dilontarkan termasuk “I don’t care, pay me RM2000 now!”, “you very stupid!” dan kata cacian berbaur perkauman kedengaran di penghujung video tersebut.

Video yang dirakamkan itu telah dimuat naik di media sosial semalam.

Pada pandangan penulis, lelaki yang melanggar kereta perempuan itu adalah satu kemalangan yang tidak dapat dielakkan, namun tindakan perempuan itu menggunakan pengunci stereng untuk mengetuk kereta lelaki itu adalah satu perlakuan agresif di luar batas kemanusiaan. Ia sepatutnya tidak perlu berlaku.

Untuk komen-komen pengguna di Twitter, korang boleh klik link asal entri ni kat bawah ni

SUMBER: http://www.astroawani.com/news/show/video-perempuan-mengamuk-kereta-kena-langgar-dikeji-pengguna-media-sosial-39914

Apa komen anda berkenaan insiden ini?


Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: