#GEMPAR~Jalan Kuching KL Sesak Teruk Gara-Gara Melihat Wanita Bogel

Sesiapa yang melalui Jalan Kuching dekat Batu Caves, malam tadi terpaksa menempuh kesesakan jalan raya teruk yang biasanya disebabkan kemalangan.

Namun kesesakan tersebut sebenarnya bukanlah disebabkan alasan biasa tetapi berlaku apabila pemandu memperlahankan kenderaan untuk melihat seorang wanita yang berbogel di bahu jalan.

Kejadian ini turut disaksikan juru gambar Rakyat Post yang sempat merakam wanita tersebut yang cuba ditenangkan oleh pihak polis.

Difahamkan wanita tersebut pada mulanya berjalan dalam keadaan lengkap berpakaian sebelum mula menanggalkan baju lalu duduk dan menyanyi.

Sebab musabab wanita tersebut berkelakuan begitu buat masa ini masih belum diketahui.

Bagaimana pun kami pasti manusia normal tidak akan bertindak mengaibkan diri sendiri begini melainkan dia kurang waras atau berada di bawah pengaruh alkohol atau dadah. - REM RAMZI / MYNEWSHUB.MY

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: