#GEMPAR~Murid Darjah 1 Ditampar Cikgu Sampai Lekat Kesan Jari

Tak dapat dinafikan ramai kurang setuju dengan tindakan ibu bapa pada hari ini yang gemar menyalahkan guru apabila anak mereka dimarahi di sekolah.

Kebanyakannya memberi dalil zaman dahulu guru pukul anak murid juga tapi sudahnya baru mereka jadi manusia.

Kami pun setuju bahawa guru harus diberi kebebasan mengajar murid termasuk mengajar dengan memukul dan memberi denda jika terlalu nakal tapi agak-agak jugalah kan.

Kalau dah bagi penampar sampai berbekas kesan jari ini rasanya bukan memukul dengan niat mahu mengajar tapi lebih kepada mengikut perasaan marah.

Kini gambar kanak-kanak yang baru berusia 7 tahun didakwa murid sebuah sekolah rendah di Pulau Pinang dengan kesan tamparan di pipi ini telah tersebar di laman-laman sosial.
Difahamkan susulan kejadian ini, pemeriksaan di Hospital Besar Pulau Pinang serta laporan polis telah dibuat sebelum dibawa ke pengetahuan JPN dan kementerian pendidikan.

Kami harap selepas ini guru akan lebih sabar dalam mendidik anak-anak apatah lagi yang masih kecil seperti ini manakala ibu bapa pula, jalinkanlah hubungan baik dengan pihak sekolah dan guru anak anda demi kebaikan bersama. - MYNEWSHUB.MY

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: