#KOLEKSI RESIPI~Tom Yam Thai

Bahan Pes Tom Yam:

-7 ulas bawang merah
-1/2 biji bawang besar
-3 biji cili merah
-10 biji cili kering
-1 inci lengkuas
-3 batang serai
-1 sudu besar udang kering
-4 helai daun limau purut
-1 inci belacan – bakar
-Air asam jawa
-Gula dan garam

Cara cara:

-Semua bahan di atas di kisar.
-Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar.
-Masukkan air asam jawa, garam dan gula.
-Masaklah sehingga menjadi pes tom yam.
-Boleh dibuat banyak banyak dan simpan.

Bahan Sup Tom Yam:

-Ayam – potong kecil
-Makanan laut (udang, sotong, lala)
-1 labu bawang besar-di potong 6
-5 ulas bawang putih-di ketuk
-1 inci lengkuas – di ketuk
-2 batang serai – di ketuk
-6 helai daun limau purut
-2 biji buah tomato – belah 6
-2 ketul kiub tomyam
-1 sudu besar sos ikan
-2 biji limau nipis
-3 sb susu cair (tak bubuh)
-6 biji cili padi-di ketuk
-Garam
-Daun ketumbar

Sayuran:

-Bunga kubis
-Karot
-Cendawan
-Putik jagung

Cara cara:

Rebus ayam beberapa minit. Masukkan bawang besar, bawang putih dan daun limau purut, serai, cili padi dan lengkuas.

Lepas tu masukkan sotong dan udang atau apa apa makanan laut yang disukai. Biarkan sebentar.

Bila sudah sebati mendidih, masukkan sayur sayuran. Kemudian masukkan pes tom yam yang sudah kita buat awal awal tadi, sos ikan, perahan limau nipis dan garam.

Tutup api masukkan susu cair dan daun ketumbar. Bolehlah dihidangkan semasa masih panas panas.



Sumber: Azie Kitchen

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: