#SENSASI~Astro Bagi Siaran PERCUMA Selama 3 Hari Tanda Minta Maaf

Sejak kebelakangan ini banyak kesulitan dialami oleh pelanggan siaran TV berbayar Astro.

Susulan itu banyak komen dan aduan dilemparkan kepada Astro termasuk di laman Facebook mereka.



Cerita sebenarnya, gangguan perkhidmatan yang berlaku sejak jam 6 petang 24 Ogos lalu disebabkan oleh satu kebakaran di Astro Bukit Jalil hingga premis tersebut terpaksa dikosongkan untuk keselamatan kaki tangan hingga jam 7.30 malam.

Kebakaran tersebut tidak hanya menjejaskan 78 saluran tetapi juga sistem telefon pusat panggilan Astro.

Sejurus keadaan kembali normal Astro bertungkus lumus berusaha mengembalikan perkhidmatan mereka seperti biasa hinggalah ke hari ini.

Begitu pun sebagai tanda meminta maaf dan penghargaan, Astro telah mengumumkan bahawa mereka akan membuka kesemua siaran secara PERCUMA (kecuali Astro First, Astro Best dan Astro Box Office Sports) selama tiga hari bermula 6 petang Jumaat, 29 Ogos hingga 11.59 malam, 1 September 2014.


Bagi kami ini adalah tindakan berhemah dari Astro bagi meredakan kemarahan pelanggan biar pun tidak semua pihak dapat menerimanya.


Ini adalah perkara biasa dalam dunia perniagaan kerana tidak semua hati pelanggan dapat dipuaskan.

Apa pun, adalah penting untuk Astro sentiasa menjaga mutu dan menaikkan taraf perkhidmatan dari masa ke semasa memandangkan rakyat Malaysia tidak diberikan banyak pilihan TV berbayar buat masa sekarang. - MYNEWSHUB.MY

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: