#SENSASI~Si cantik ambil risiko demi #SupportGaza dan #MH17

Gambar ihsan Keow Wee Loong

BARU-baru ini, beberapa keping gambar seorang wanita berbaju kebaya dan lengkap bertudung yang dimuat naik ke laman Facebook telah menarik perhatian pengguna laman sosial.

Wanita berkenaan, yang hanya dikenali sebagai Fatin Ilani membawa mesej Save Gaza, Justice For MH17 dan Pray For MH17 rela gambarnya diambil di sudut-sudut berbahaya di sebuah bangunan tinggi yang tidak diketahui lokasinya di Kuala Lumpur.

Bukan wanita biasa

Jurugambar yang mengambil gambar-gambar tersebut, Keow Wee Loong memberitahu bahawa beliau terkejut Fatin Ilani bersetuju untuk memanjat bangunan tersebut dengannya.

Untuk rekod, Wee Loong merupakan jurugambar 'Spiderman' yang didenda RM1,000 beberapa minggu lalu kerana memanjat bangunan setinggi 33 tingkat hanya untuk mengibar Jalur Gemilang.

Wee Loong merupakan jurugambar rasmi kepada ahli politik, Nurul Izzah Anwar. Menurutnya, beliau bertemu dengan Fatin Ilani sekitar tahun 2013 di sebuah acara Nurul Izzah.

"Untuk Wee Loong"

Menurut Fatin Ilani, beliau bersetuju untuk memanjat bangunan berkenaan kerana jurugambar berkenaan, dan tidak mungkin melakukannya jika ianya disebabkan orang lain.

"Saya masih tak percaya saya berjaya sampai ke puncak,"

Dengan berbaju kebaya, Fatin Ilani mengambil masa 45 minit untuk memanjat bangunan tersebut.

Untuk kesedaran

Menurut Fatin Ilani, tindakan beliau memanjat bangunan tinggi berkenaan adalah respon kepada tindakan kebanyakan anak-anak muda yang hanya mengambil 'selfie' ketika himpunan solidariti 'Save The Children Of Gaza' yang diadakan pada Dataran Merdeka pada 2 Ogos lalu.

"Mereka hanya mengambil 'selfie' bersama selebriti dan kemudian balik ke rumah," dipetik dari komen beliau di laman sosial Facebook.[SH]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: