#TERKINI~Ummaland,Alternatif Laman Sosial Khas Untuk Umat Islam

Pelbagai cara digunakan oleh masyarakat seluruh dunia untuk memboikot barangan atau perkhidmatan yang menyokong gagasan Zionis.

Salah satu usaha yang boleh dikatakan memboikot servis dari Zionis adalah dari dua pemuda dari Uzbekistan, Maaruf Yusupov dan Jamoliddin Daliyev yang mencipta servis laman sosial menyerupai Facebook.

Servis tersebut boleh didapatkan dengan melayari www.ummaland.com



Kelebihan ummaland adalah ia lebih menjurus kepada Islamik dimana salah satu objektif laman sosial tersebut adalah untuk mengurangkan masa terbuang dengan memaparkan isi kandungan agama.

Ummaland juga didatangkan dalam aplikasi Android dan juga iPhone. Semalam, Ummaland tidak dapat diakses mungkin kerana server overload, tetapi hari ini, masalah itu nampaknya telah diselesaikan kerana halaman Ummaland telah dapat diakses melalui komputer.

Apa pun, tahniah kepada dua pemuda ini.. Semoga kerja keras mereka di rahmati dan diberkati. Sesiapa yang mahu mencuba servis baru bertemakan Islam ini amat digalakkan - SiakapKeli.com


Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: