#14 GAMBAR~Fenomena Cahaya Misteri Gemparkan Penduduk Sabah

Sebuah cahaya misteri yang muncul di langit mengemparkan penduduknya Negeri Sabah. Cahaya misteri itu juga boleh dilihat dari Limbang, Sarawak.

Ada yang mengatakan cahaya misteri itu bergerak laju menuju ke barat. Orang ramai juga berjaya merakam cahaya misteri itu dan mula viral melalui Whats App dan media sosial.

Menurut seorang saksi, cahaya misteri itu dilihat seperti menuju ke arah Laut China Selatan sekitar jam 10.30 malam semalam. Cahaya berkenaan boleh disaksi dalam 20 minit sebelum ianya hilang dari pandangan.



LIGHT PILLAR

Ada yang mengatakan ini adalah fenomena Light Pillars.

Light Pillar adalah fenomena optik yang dibentuk oleh pantulan cahaya matahari atau cahaya bulan melalui kristal ais yang terdapat di dalam atmosfrera Bumi. Light Pillar juga boleh dibentuk oleh sumber cahaya buatan manusia seperti lampu jalan.


Terjadi apabila cahaya matahari terpancar ke permukaan kristal ais. Kristal-kristal ais ini boleh ditemui di celah-celah awan ais, kabus ais, salji yang berhembus dan awan di permukaan darat, tetapi kesan yang dihasilkan ialah serupa: satu pancaran cahaya indah yang memancar ke angkasa.


PENAFIAN

Ada yang juga yang mengatakan cahaya itu terhasil dari pelantar minyak yang berdekatan milik Petronas. Bagaimanapun, Petronas Sabah menafikan dakwaan berkenaan.

Namun, ada juga yang menjadikan fenomena ini sebagai bahan lawak:

Credit
Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: