#GEMPAR~Ahli politik (MP) hamilkan janda

Ahli politik enggan bertanggungjawab selepas didakwa menyebabkan seorang janda hamil. Gambar Hiasan.

KUPANG (Nusa Tenggara Timur): Seorang ahli politik Parti Amanat Nasional (PAN) yang memenangi pilihan raya bagi daerah Sumba Barat di sini, mungkin kempunan dilantik sebagai wakil rakyat selepas didakwa menghamilkan seorang janda beranak dua.

Dia juga didakwa enggan bertanggungjawab atas perbuatannya itu, sebaliknya menawarkan untuk membayar denda adat.

Menurut media, ahli politik yang cuma dikenali sebagai MP itu, enggan mengakui keterlanjurannya.

Malah, keluarga janda itu berkata, denda adat tidak wajar dibayar kerana wanita itu tidak berhak menerimanya.

Justeru, mereka mendesak pihak berkuasa menghalang pelantikan MP sebagai wakil rakyat bagi daerah Sumba Barat kerana tindakannya menganiaya wanita.

Jurucakap keluarga terbabit, Jubilate Pieter Pandango berkata, kejadian itu juga sudah dilaporkan kepada polis.

"Perbuatan MP itu ternyata sangat memalukan dan dia tidak layak menduduki kerusi sebagai wakil rakyat di Dewan Perwakilan Rakyat Daerah Sumba Barat," katanya.

Pada masa sama, Jubilate mendesak polis Sumba Barat segera menangkap MP dan bertindak mengikut undang-undang supaya perbuatan ahli politik tersebut tidak terlepas begitu saja.

Sementara itu, MP ketika ditemui media di Waikabubak berkata, isu itu sudah diselesaikan.

"Ia adalah masalah dalaman keluarga dan sudah ditangani. Tidak wajar kita memperbesar-besarkannya," katanya.

MP berkata, keluarganya bersepakat menyelesaikan masalah berkenaan secara baik tanpa membabitkan aduan kepada polis.

Sebagai bukti, katanya, sehingga kini dia tidak dipanggil ke balai polis untuk memberi keterangan atau disiasat.

"Jika ada yang mengadu ke pihak polis, ia dibuat pihak tertentu yang tidak senang dengan kemenangan saya dalam pilihan raya umum lalu," katanya.

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: