#GEMPAR~UPSR 2014:Kertas Peperiksaan Sains 018 Bocor,Ditangguhkan Ke 30 September ini

TUMPAT: Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin dukacita kertas peperiksaan Sains 018, 028, 038 bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014, yang sepatutnya diduduki calon hari ini, bocor sehingga terpaksa ditangguhkan ke 30 September ini.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Perdana Menteri, turut meminta maaf kepada calon dan ibu bapa mereka.

"Saya harap ini tidak berulang kerana ia mengganggu pemikiran pelajar dan ibu bapa. Ia sesuatu yang saya rasa dukacita dan kita akan atasi perkara ini," katanya kepada pemberita selepas mengumumkan calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kubor di sini, Rabu.

Lembaga Peperiksaan dalam kenyataan hari ini mengumumkan kertas peperiksaan itu ditangguh setelah kandungan soalannya didapati bocor.

"Apapun saya harap peperiksaan bagi kertas itu dilaksanakan dengan baik," kata Muhyiddin.

Bekas penolong pegawai pendidikan daerah (pengurusan sekolah) Tumpat Mat Razi Mat Ail, 48, dinamakan sebagai calon BN pada PRK itu.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 13 September ini sebagai tarikh penamaan calon manakala hari pengundian pada 25 September.[mStar]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: