#INFO AUTO~Proton Compact Car bakal dilancarkan pada 25 September ini!

Adakah anda tidak sabar untuk menantikan kelibat Proton Compact Car (PCC) yang sedang hangat diperkatakan ini? Seperti mana imej yang dipaparkan di laman microsite betulbetulonz.com.my, ternyata PCC ini tampil dengan penuh gaya yang impresif.

Debaran kian memuncak apabila Proton sudah mengesahkan PCC bakal dilancarkan pada 25 September ini di kilang Proton yang terletak di Tanjung Malim, Perak. Perkara ini telah pun disahkan oleh pihak Proton sendiri menerusi Dato’ Abdul Harith Abdullah selaku CEO dalam pertemuan eksklusif bersama pihak media petang ini.

Malah Harith turut mengesahkan, PCC bakal ditawarkan dengan lapan varian bersama tujuh warna pilihan. Varian yang bakal ditawarkan ialah 1.3 Standard (MT/AT), 1.3 Executive (MT/AT), 1.6 Executive (MT/AT) dan 1.6 Premium (MT/AT).

Manakala dua warna baharu juga telah diperkenalkan buat PCC iaitu Silver Moon Dust dan Citrus Green, selain warna yang sama dengan model Proton sebelum ini, seperti Fire Red, Genetic Silver, Atlantic Blue, Tranquility Black dan Proton White (yang merupakan satu-satunya warna solid bagi model PCC).

Bukan itu sahaja, harganya yang juga dikatakan mampu memberikan persaingan buat model-model seangkatannya termasuklah Perodua Myvi.

Menerusi pertemuan yang berlangsung pada petang ini juga, pihak media telah diberikan taklimat lebih terperinci mengenai PCC ini yang ternyata menggunakan 100 peratus platform terbaharu. Info Kereta akan bercerita lebih lanjut mengenai spesifikasi, aspek keselamatan dan elemen menarik yang ditampilkan pada PCC ini pada entri seterusnya.

Sumber:infokereta.com

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: