#SENSASI~Proton daftar nama Proton Iriz & Proton Aero

Sebelum pelancarannya, sudah berlegar-legar perkhabaran mengenai nama ‘Proton Iriz’ yang dikatakan bakal diletakkan pada model baharu Proton Compact Car (PCC) ini. Dan nampak gayanya ia sudah tidak menjadi rahsia sulit Proton lagi apabila mereka telah mendaftarkan nama ‘Proton Iriz’ di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) pada 15 Ogos yang lalu.

Menanti detik pelancarannya tidak lama lagi, jentera hatchback lima pintu ini pastinya mampu memberikan persaingan sengit buat model Perodua Myvi (bukannya Perodua Axia).

Dibangunkan menerusi platform terkini Proton, model ini tampil dengan dua enjin terbaharu VVT iaitu 1.3 liter dan 1.6 liter yang dikatakan mampu memberikan penjimatan bahan api sebanyak 10 peratus berbanding dengan enjin Campro. Enjin PCC ini juga dikatakan mampu menghasilkan kuasa maksimum sehingga 110hp dan tork 148Nm dan berupaya mencecah kelajuan maksimum sehingga 180km/j.

Ia juga bakal didatangkan dengan tiga varian iaitu Standard, Executive dan Premium serta menampilkan dua pilihan transmisi iaitu manual dan automatik.

Selain itu, model ini juga dilengkapi dengan ABS, Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) dan enam beg udara. Malah ia juga telah menerima pengiktirafan lima bintang daripada ASEAN NCAP dan ANCAP bagi ujian pelanggaran.

Tapi menurut Paultan.org, Proton turut mendaftar satu lagi nama iaitu Proton Aero. Adakah nama ini bakal diberikan pada model baharu Proton yang akan datang? Mari berteka-teki…[InfoKereta.Com]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: