#SYAHID~Dewan Ulama PAS Beri Penghormatan Kepada Mohd Lotfi

KULAI JAYA: Dewan Ulama PAS Pusat memberi penghormatan kepada bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Mohd Lofti Ariffin yang terkorban di Syria dalam serangan oleh tentera negara tersebut baru-baru ini.

Perwakilan Perak, Norazli Musa ketika menutup ucapan perbahasannya meminta perwakilan Muktamar Tahunan Dewan Ulama PAS Pusat ke-53 supaya membaca al-Fatihah kepada Mohd Lotfi yang disifatkannya 'syahid' ketika berjuang di Syria.

"Syahid Lotfi gugur di bumi Syria...al-Fatihah," katanya.

Mohd Lofti,46, dari Kuala Ketil, Kedah mengalami kecederaan di lengan dan kepala ketika pengeboman dilancarkan di pusat militan di Timur Hama.

Berikutan kecederaan itu, Mohd Lofti yang berjuang untuk pergerakan Ajnad As Syam dihantar ke hospital di Hatay, Turki.

Jenazah Mohd Lotfi dikebumikan di Turki.

Mohd Lotfi yang juga merupakan bekas Exco Pemuda Pas Kedah adalah rakyat Malaysia ketiga terkorban di Syria.

Selain Mohd Lotfi, dua lagi rakyat Malaysia yang terkorban di Syria sejak 10 Ogos lalu ialah Zainan Harith yang dikenali sebagai Abu Turob serta Ahmad Tarmimi Maliki, 26, yang terkenal selepas kematiannya kerana menjadi pengebom berani mati yang pertama dari negara ini.

Sebelum ini The Star melaporkan Mohd Lofti, sedang menjalani misi berani mati di Syria, namun di laman Facebooknya mendakwa dia bukan pasukan Negara Islam atau anggota Levant (Isil).

Mohd Lofti ditahan ISA pada Ogos 2001 hingga Spetember 2003 kerana terlibat dengan KMM.

Pada awal tahun 1990-an, Mohd Lofti telah menyertai latihan senjata di Afganistan dan terlibat dalam dua konflik berasingan di Tajikistan dan Poso Sulawesi.[mStar]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: