#HEBAT~Asia Herbal Biotech buka pejabat operasi di Jakarta

DR Goh bersama produk keluaran syarikatnya.

Kuala Lumpur: Asia Herbal Biotech Sdn Bhd (AHB), pengeluar produk penjagaan kesihatan berasaskan herba Cordyceps melebarkan sayap perniagaannya ke luar negara apabila membuka pejabat operasi pertamanya, PT Asia Herbal Biotek di Jakarta, Indonesia.

Sebagai permulaan, seramai 2,000 ahli pengedar dilantik untuk memasarkan tiga produk keluaran AHB yang sudah mendapat kelulusan daripada jabatan farmasi negara berkenaan iaitu produk minuman kopi, Cordyvitaplus dan Cordydaylite.

Pengerusi Eksekutif AHB, Tan Sri Dr Jason Goh berkata, pihaknya melihat Indonesia sebagai pasaran besar dengan bilangan penduduknya seramai 250 juta yang pasti mampu menyumbang kepada jualan keseluruhan syarikat pada masa depan.

Beliau berkata, pihaknya menerima lesen operasi pada 10 September lalu daripada Direktur Bina Usaha Perdagangan-Ditjen Perdagangan Dalam Negeri, Kementerian Perdagangan Republik Indonesia bagi menjalankan perniagaan berasaskan konsep pelan pemasaran berbilang tingkat (MLM).

“AHB menyasarkan jumlah pengedarnya di Indonesia meningkat kepada 45,000 orang tahun depan dengan sasaran jualan kira-kira RM100 juta kerana konsep MLM amat digemari penduduk negara seberang ini.

“Kami juga merancang membuka kilang pengeluaran produk AHB di Indonesia jika sasaran jumlah ahli seramai 45,000 orang dicapai bagi membolehkan syarikat mengeskport produk ini ke negeri berhampiran,” katanya pada majlis perasmian pejabat PT Asia Herbal Biotek pada 18 Oktober lalu.

Syarikat itu dalam kenyataannya berkata, produk AHB setakat ini sudah menembusi pasaran di Bangladesh, Singapura, Brunei dan Thailand serta merancang meneroka pasaran Vietnam, Mynmar dan Kemboja pada tahun depan.

AHB yang ditubuhkan tiga tahun lalu, ketika ini memasarkan sembilan jenis produk buatan Malaysia yang berasaskan Cordyceps iaitu sejenis cendawan berasal dari China yang memberi pelbagai khasiat untuk kesihatan manusia.

Goh berkata, AHB yang memiliki seramai 36,000 ahli di negara ini turut menerima Anugerah Kecemerlangan Keusahawanan Asia Pasifik 2014 bagi produk cemerlang daripada Asia Pacific Top Excellence Brand Committe, baru-baru ini.
- myMetro

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: