#JAWATAN KOSONG~Mentorniaga.Com

JAWATAN KOSONG DI SYARIKAT MENTORNIAGA.COM 

Jawatan:Admin Marketing Executive

Kami merupakan sebuah syarikat yang terlibat dengan pembangunan
usahawan di Malaysia dan menjalankan aktiviti-aktiviti seperti kelas-kelas
bimbingan, seminar keusahawanan, majlis-majlis 'networking', karnival
usahawan dan sebagainya

Kami mempunyai kekosongan jawatan seperti di atas untuk diisikan segera.

TUGAS & TANGGUNGJAWAB:-

-Membuat analisis terperinci dan merangka strategi pemasaran
-Membuat perancangan pemasaran jangka panjang dan memastikan sasaran tersebut tercapai
-Membuat "budget &costing"
-Menjalinkan hubungan kerjasama yang baik dengan
persatuan-persatuan, badan kerajaan, korporat dan media.
-Menggunakan sepenuhnya pemasaran internet & media sosial secara berkesan
-Mewujudkan hubungan kerja yang rapat dengan pembekal, kontraktor dan pekerja
bebas
-Merangka strategi komunikasi & publisiti
-Mencari peluang-peluang perniagaan baru untuk mewujudkan aliran pendapatan baru
-Menguruskan projek-projek pemasaran bersepadu dengan pelanggan baru dan sedia
ada
-Menyediakan kertas kerja, surat-menyurat dan laporan projek.

CIRI-CIRI PEKERJA YANG DIPERLUKAN

-Kemahiran interpersonal
-Mahir berkomunikasi,lisan dan bertulis
-Kreatif dalam penyelesaian masalah dan membuat keputusan
yang tepat
-Boleh menyumbangkan idea-idea kreatif dan bernas
-Fokus dan teliti
-Menepati masa dan sentiasa boleh mengejar "deadline"
-Berdisiplin
-Bertangungjawab
-Boleh bekerja secara bersendiri,berkumpulan atau di dalam tekanan

-Calon perlu mempunyai sekurang-kurangnya Diploma atau Ijazah Sarjana Muda.

-Pengalaman di dalam bidang yang berkaitansangat dialu-alukan.

GAJI : RM1000 hingga RM2500 + Komisyen (bergantung kepada kemahiran dan pengalaman kerja)

PENGALAMAN KERJA: 1 TAHUN KE ATAS

LOKASI KERJA : KOTA DAMANSARA

TARIKH MULA BEKERJA : DIS 2014

Jika berminat sila hubungi kami di 03-61516566 atau emailkan resume ke
hidayah.mentorniaga@gmail.com untuk sesi temuduga

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: