#JODOH~Remaja 15 Tahun Bernikah Kekasih 17 Tahun

Zulhelmi dan pasangannya Nurulain pada majlis persandingan mereka.

KLUANG: Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun mengakhiri zaman bujangnya selepas mengambil keputusan untuk mengahwini kekasihnya selepas hanya berkenalan selama dua bulan.

Muhd Muaz Mislan, 15, dan Nur Izzati Amiera Ishak, 17 berkahwin pada 30 November lalu meraih perhatian di media sosial selepas pasangan itu memuat naik gambar-gambar dan video akad nikah mereka di Facebook.

Dalam kenyataannya, Muhd Muaz berkata, dia mahu mengahwini Nur Izzati kerana mahu menjadikan perhubungan mereka sah selepas mendapat restu daripada kedua-dua keluarga.

"Kahwin muda selalu dikatakan macam-macam daripada orang lain, tetapi saya sudah bersedia," tambahnya.

Muhd Muaz dipercayai sedang menunggu keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) berkata, dia memutuskan untuk tidak meneruskan pelajarannya pada tahun depan.

Rakaman video itu menunjukkan Muhd Muaz dan Nur Izzati diijab kabul dengan mas kahwin RM22.50.

Nur Izzati baharu sahaja menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Bagi orang Islam, usia perkahwinan yang sah dari segi undang-undang adalah 18 tahun untuk lelaki dan 16 tahun buat perempuan.

Bagaimanapun, dengan kebenaran Mahkamah Syariah, mereka boleh berkahwin tanpa mengira usia.

Di Melaka, Nurulain Mohammad, 15, berkahwin dengan seorang ahli perniagaan, Zulhelmi Kaharudin, 21 pada majlis persandingan mereka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka di Ayer Keroh di sini, Ahad lalu.

Perkahwinan Nurulain dan Zulhemi, mendapat restu daripada kedua-dua keluarga. Kisah cinta mereka juga bukan satu rahsia sejak mula berkenalan.

Zulhelmi yang mengusahakan perniagaan restoran berkata, dia dibesarkan dalam keluarga yang tegas.

'Tiada seorang pun daripada kami berjumpa secara senyap-senyap," katanya.

Dia yang merupakan anak sulung daripada tiga beradik berkata, dia akan menyokong isterinya untuk menyambung pelajaran ke peringkat universiti.

"Hanya selepas itu baharulah kami akan menimang cahaya mata," katanya.

"Dia masih muda tetapi saya akan membimbingnya dengan nilai-nilai yang baik," katanya.

Pasangan itu mula mengenali sewaktu bersiar-siar di kawasan kejiranan. Zulhemi berkata, ia merupakan cinta pandang pertamanya.

"Dia (isteri) dalam perjalanan balik dari sekolah selepas saya beritahu 'Saya cintakan awak. Dia juga meluahkan perasaan yang sama kepada saya."[mStar]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: