#KOLEKSI RESIPI~Talam Permata Keledek

BAHAN UTK LAPISAN TENGAH (loyang 10x10x2@3inci)

2 cawan keledek oren yg telah di dadu (rebus & toskan)
1 1/2 cwn tepung beras*
1 cwn santan pekat*
2 cwn air*
2 sudu besar Tepung Hoen Kwee (putih)*
1 cwn gula halus*
sedikit garam*

CARANYA

Bancuh semua bahan yg bertanda (*) tapis & masak hingga naik wap - tutup api.

Masukkan keledek (yg telah direbus tadi) dan kacau rata. Biarkan sebentar.

BAHAN UTK LAPISAN ATAS DAN BAWAH

1 1/2 cawan tepung gandum
1 cwn gula halus
2 biji telur
1 cwn santan pekat
2 cwn air
secubit garam
pewarna merah dan hijau

CARANYA

Bancuh semua bahan, tapis ke dlm periuk & masak hingga naik wap.

Bahagi pada 2 bahagian dan warnakan, satu bahagian hijau dan satu lagi merah. Ketepikan.

CARA MELAPIS KUIH

Sapukan sekeliling loyang dngn sedikit minyak masak dan alaskan plastik.

Panaskan pengukus kuih. Tuang adunan warna merah ke loyang dan kukus selama 10 minit.

Masukkan pula adunan lapisan tengah yg mengandungi keledek oren tadi dan kukus selama 20 minit. Sebelum tuang lapisan hijau pastikan tiada air bertakung di permukaan.

Sekiranya ada, sengetkan loyang dan guna tisu dapur utk mengelap air. Selepas tu cakar2 sikit permukaan kuih guna garpu barulah tuangkan warna hijau.

Kukus lagi selama 25 minit guna api sederhana.

Setelah siap, buka penutup kukus dan biarkan 5 minit dngn api yg belum di tutup. Ini bagi mengeringkan permukaan kuih.

Setelah siap, angkat loyang kuih dan biarkan betul2 sejuk barulah di potong dngn menggunakan pisau plastik supaya kuih kelihatan cantik.

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: