#KRISIS SYRIA~ Kanak-kanak Syria Dalam Keadaan Daif Dalam Musim Sejuk

HANYA DI SYRIA
.
Musim sejuk di Syria..
Inilah keadaan anak-anak Syria di Ghoutah, Syria. 

NGO Syria Care sejak bermulanya revolusi di Syria bergiat aktif dalam menjalankan aktiviti membuat kutipan dana buat umat Islam di Syria. Terutamanya di sekitar Malaysia dan Indonesia.
.
Antara kempen yang telah dijalankan sempena menghadapi musim sejuk di Syria adalah kempen Blanket For Syria, Winter Cloth For Syria, dan pelbagai lagi.
.
Alhamdulillah sumbangan yang berbentuk barangan seperti selimut tebal, baju musim sejuk, stokin tebal dan pelbagai lagi telah selamat di hantar ke sempadan Syria (untuk pelarian di khemah) dan juga di dalam Syria.
.
Terkini, antara fokus utama adalah kutipan dana untuk musim sejuk. Sumbangan dana ini insyaAllah akan digunakan untuk membeli keperluan asas buat mangsa peperangan di Syria sempena menghadapi musim sejuk seperti keperluan perubatan, makanan , alat pemanas dan sebagainya. Keperluan akan dibeli di negara jiran sebelum dibawa masuk ke dalam Syria.
.
InsyaAllah.
.
Terima kasih yang tidak terhingga buat semua dermawan yang budiman di sekitar Malaysia, Brunei , Singapura dan Indonesia kerana telah sudi menghulurkan sumbangan sama ada dari segi barangan, kewangan dan juga tenaga.
.
Teruskan menyumbang dan semoga Allah swt membalas amal kebaikan yang kalian lakukan dengan sebaik-baik ganjaran.
.
Bersama sertai NGO Syria Care dalam usaha membantu umat Islam di Syria. Hulurkan sumbangan ikhlas anda buat mereka melalui :
.
AKAUN CIMB BANK ( Syria Care)
No. Akaun : 8601 89 4560
Swift Code : CIBBMYKL
.
AKAUN RHB
No. Akaun : 2622 5000 0217 75
.
Alamat Pejabat NGO Syria Care :
No. 43, Jalan Bola Jaring, 13/15, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor.
.
No. Tel : 011370 30900

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: