#PRIHATIN~Rakyat Johor doakan Tunku Jalil

Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim

JOHOR BAHRU - Kira-kira 3,000 penganut Buddha, Kristian, Hindu, Sikh, Tao, Soka Gakkai dan Bahai menyertai majlis mendoakan kesejahteraan Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim, di Stadium Tertutup Majlis Bandar Raya Johor Bahru (MBJB), di sini.

Majlis itu bermula kira-kira pukul 9 pagi.

Hadir sama ialah Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan Johor, Datuk Tee Siew Kiong, Ahli Parlimen Tebrau, Khoo Soo Seang dan anggota Dewan Negara, Senator Chia Song Cheng.

Berucap pada majlis itu, Tee yang juga pengarah program berkenaan berkata, ia melambangkan muafakat rakyat negeri Johor selain taat setia kepada Raja. - Bernama

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: