#SENSASI~Lebih 400 jenama sertai "KL Y.E.S FEST 2014"

Bersempena dengan Jualan Akhir Tahun 1Malaysia 2014, lebih 400 jenama besar tempatan akan menyertai festival "KL Y.E.S FEST 2014" yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 19 hingga 21 Disember ini.

Memetik laporan daripada Berita Harian, festival tiga hari anjuran Mood Republik ini mengumpulkan nama-nama besar dan eksklusif di bawah satu bumbung antaranya Bella Ammara, Sugarscarf, House of doll by Fazura, Aidijuma, Qiara Hijab, Allya Mysara dan banyak lagi.

Acara yang bermula dari jam 10 pagi hingga 9 malam ini, bakal mengumpulkan jenama dan usahawan perniagaan dalam talian ataupun online yang majoritinya dimiliki oleh belia Bumiputra sama ada yang terkenal mahupun yang baru bertapak.

Selain menjual produk, festival ini juga menerapkan konsep membeli sambil beramal, dimana setiap 'vendor' yang terlibat berikrar untuk memberikan sumbangan keuntungan untuk "Tabung Amal KL Y.E.S 2014" yang akan disalurkan kepada Love Kemboja, Love Tanzania, Love Rohingya, dan Pusat Jagaan Anak-anak Istimewa Harapan Seremban.

Penganjuran kali ketiga ini adalah cetusan idea sekumpulan penggiat fesyen yang diketuai Kimi Iskandar Ismail dan Yusri Ismail.

Setakat ini, lebih RM120,000 dana yang telah disalurkan oleh Mood Republik kepada organisasi dan individu yang memerlukan.

[Sumber Foto: Facebook MoodRepublik]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: