#KES ALTANTUYA~Interpol Keluarkan Notis Merah Terhadap Sirul

PETALING JAYA: Polis Antarabangsa (Interpol) mengeluarkan notis merah kepada Sirul Azhar Umar, yang dikenakan hukuman gantung sampai mati selepas didapati bersalah kerana membunuh Altantuya Shaariibuu.

Sirul dilaporkan berada di Australia dan dikatakan tidak dapat pulang ke Malaysia.

Halaman yang memaklumkan mengenai butiran notis merah di laman web Interpol itu menjelaskan bahawa Sirul dikehendaki pihak berkuasa Malaysia untuk pendakwaan.

Notis merah Interpol bermaksud usaha mencari serta menangkap individu yang dikehendaki tersebut akan dilakukan oleh suatu bidang kuasa kehakiman atau tribunal antarabangsa, dengan tujuan untuk mengekstradisi.

Minggu lalu dilaporkan bahawa polis akan bekerjasama dengan Interpol untuk memburu Sirul, selepas satu permohon ekstradisi akan difailkan kepada negara berkenaan.

Sirul dilaporkan berada di Australia sejak November lalu, namun dikatakan tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk pulang ke Malaysia bagi menghadapi hukuman itu.

Akhbar Sydney Morning Herald berkata, Undang-undang ekstradisi Australia tidak akan membenarkan seseorang individu diserahkan kepada sebuah negara untuk satu kesalahan yang boleh dihukum dengan hukuman mati, melainkan negara itu memberi jaminan bahawa hukuman tersebut tidak akan dijalankan.

Sirul dan bekas cif inspektor, Azilah Hadri, dijatuhkan hukuman mati kerana membunuh Altantuya Shaariibuu pada 2008.

Mahkamah Persekutuan mengeluarkan waran tangkap terhadap Sirul selepas dia gagal untuk menghadiri perbicaraan.

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: