#DOA~‘Semua orang sayang Tok Guru’

KOTA BHARU - "Semua orang sayang Tok Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat), sebab itu ramai yang datang hari ini," kata isteri Mursyidul Am Pas, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak.

Sejurus berkata demikian, Tuan Sabariah tidak dapat menahan sedih dan mengesat air matanya.

Biarpun sedih, beliau kemudiannya tersenyum semula sebaik sahaja memandang beberapa tetamu yang berada di sisinya termasuk Exco Kebajikan dan Wanita Kelantan, Mumtaz Md Nawi.

Dalam keadaan terharu, beliau berkata, kesemua ahli keluarganya sempat menemui arwah sebaik sahaja tiba di rumah di Pulau Melaka, di sini, malam semalam.

"Saya sentiasa ada di sisi arwah sebelum dia pergi. Sempat jumpa. Anak cucu pun sempat berhimpun.

"Semua sempat balik jumpa Tok Guru dan kami reda dengan semuanya," katanya lagi.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Pulau Melaka jam 9.40 malam.

Allahyarham sebelum itu dibawa pulang pada 8.40 malam dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dan ditemani kaum keluarga.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada orang ramai bukan sahaja dari negeri ini, malah dari luar Kelantan dan beberapa negara.[SH]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: