#GEMPAR~Kanak-Kanak Mati Tercekik Cucur Pisang

Kai Yun menunjukkan gambar anaknya Shao Ming.

JOHOR BAHRU – Seorang murid lelaki tahun satu mati, disyaki tercekik cucur pisang, di sebuah pusat jagaan kanak-kanak di Taman Austin Perdana, di sini, pagi Jumaat lalu.

Kee Shao Ming disahkan meninggal dunia oleh doktor selepas dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini.

Ibu mangsa, Ong Kai Yun, 32, berkata dia amat terkejut selepas menerima panggilan mengenai perkara itu daripada guru pusat jagaan terbabit ketika dia sedang dalam perjalanan ke tempat kerja di bandar raya ini.

“Semasa menghantarnya, Shao Ming kelihatan begitu ceria, Dia lambai masa saya tinggal dia di situ.

“Saya sangat terkejut apabila seorang cikgu bagi tahu anak saya muntah dan terus pengsan.

"Guru itu kata kuku anak saya jadi hitam dan mukanya pucat,” katanya.

Kai Yun berkata, dia begitu sedih dan minta guru itu menghantar anaknya ke hospital segera.

Menurutnya, dia diberitahu Shao Ming masih bernafas ketika dihantar ke hospital.

“Bila saya sampai hospital setengah jam lepas itu, mereka (staf hospital) tidak beri saya jumpa anak saya kerana doktor sedang rawat dia," katanya.

Kai Yun berkata, dia kecewa kerana guru terbabit tidak memaklumkan kepada hospital kejadian sebenar.

“Dia bagi tahu anak saya pengsan. Bila doktor periksa, doktor jumpa makanan tersangkut di kerongkongnya. (Akibatnya) dia tidak dapat diselamatkan,” katanya.

Kai Yun dan suaminya, Kee Yong Wen, 43, membuat di Balai Polis Setia Indah.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh mengesahkan menerima laporan itu.[SH]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: