#GST: Caj minimum bagi perbankan Islam

KUALA LUMPUR - Kesan cukai barang dan perkhidmatan (GST) ke atas fi dan caj perbankan adalah minimum, kata Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM) hari ini.

AIBIM dalam satu kenyataan berkata bank Islam dan bank perdagangan akan melaksanakan pengendalian yang sama bagi GST.

Persatuan itu berkata ia bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa termasuk Kementerian Kewangan, Kastam Diraja Malaysia, Bank Negara Malaysia dan Persatuan Bank-Bank Malaysia untuk menambah baik pelaksanaan GST bagi perkhidmatan dan produk kewangan.

Kerjasama itu akan memastikan proses peralihan lancar bagi pengguna.

"Walaupun terdapat jangkaan kenaikan fi dan caj, bank-bank Islam akan berusaha untuk mewujudkan nilai dan meningkatkan kecekapan bagi menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan mereka," kata Presiden AIBIM Datuk Haji Mohd Redza Shah.

Ketika ini terdapat 25 bank ahli yang berada di bawah naungan AIBIM. - Bernama

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: