#Malindo Air Tawarkan Tambang RM0 Bermula 22 Mac

BERSEMPENA ulang tahun kedua syarikat penerbangan hibrid Malaysia, Malindo Air memberikan peluang istimewa dengan menawarkan promosi tambang asas RM0 untuk sektor domestik dan antarabangsa pada 22 Mac ini.

Destinasi domestik terpilih yang berlepas dari Lapangan Terbang Subang ke Pulau Pinang, Langkawi, Kota Bharu, Johor Baharu, Alor Setar, Kuala Terengganu serta semua laluan lain dari lapangan terbang utama di Semenanjung.

Destinasi antarabangsa pula adalah yang berlepas dari KLIA2 ke Bangkok, Bali, Bandung, Jakarta, Singapura, Langkawi, Kota Kinabalu dan Kuching.

Promosi ini sah bagi pembelian pada 22 Mac 2015 dan tempoh perjalanan bermula daripada sekarang sehingga 22 Oktober 2015. Harga istimewa ini membolehkan pelanggan hanya perlu membayar fi dan cukai lapangan terbang.

Ketua Pegawai Eksekutif, Chandran Rama Muthy berkata, promosi ini adalah sebagai meraikan kejayaan Malindo Air apabila berjaya mencatat banyak kemajuan sejak mula beroperasi pada Mac 2013.

"Pada ketika itu, kita bermula hanya dengan dua buah Boeing 737 bagi sektor Kota Kinabalu dan Kuching, kepada 19 buah pesawat, iaitu daripada jet Boeing 737 dan pesawat turboprop ATR," katanya dalam satu kenyataan.

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: