#GAMBAR: Wanita Bangga Miliki Payudara Palsu Paling Besar

MAK AIII… besar sungguh payudara dimiliki wanita bernama Mayra Hills atau lebih dikenali sebagai Beshine ini.

Lebih memeranjatkan payudara wanita berusia 31 tahun ini seberat 18 kilogram! Haaa… boleh bayangkan tak betapa besar dan beratnya aset milik Beshine tu?

Tak hairanlah, mengapa model yang berasal dari Jerman ini menobatkan diri sendiri sebagai pemilik payudara terbesar di dunia.

Bagaimanapun, tak perlulah nak terkejut atau teruja sangat kerana payudara Beshine ini bukanlah original.

Dahulunya Beshine memiliki payudara yang hanya berukuran 32A, namun kerana terlalu menginginkan payudara besar Beshine sanggup melakukan pembedahan hingga mencapai ukuran 32Z.

Sesetengah orang mungkin rasa agak takut melihat payudara Beshine yang kelihatan seperti menunggu saat ingin meletup tetapi yang peliknya, dia amat berbangga dengan asetnya ini malah begitu popular di laman sosial.

Oh ye, sebenarnya pemegang rekod payudara terbesar dalam Guinness World Records adalah milik Norma Stitz dengan ukuran coli 102ZZZ. Namun Stitz mempunyai tubuh yang besar sekaligus menunjukkan payudaranya itu dapatlah diimbangi dengan tubuh yang gendut.

Berbeza pula dengan Beshine, dia mempunyai payudara ukuran 32Z dan tubuh yang langsing, membuatkan ada yang berasakan ukuran payudara Beshine hampir menyamai saiz milik Stitz. – MYNEWSHUB.CC

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: