#GST: Tayar Maxxis kekal harga

TAYAR motosikal berjenama Maxxis dari Taiwan, tidak akan mengalami kenaikan harga berikutan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebanyak 6 peratus oleh kerajaan mulai 1 April lalu.

Pengarah Urusan Daytona Sport Sdn. Bhd, Tan Kiat, GST yang menggantikan cukai jualan sebelum ini, tidak mempengaruhi harga tayar Maxxis itu.

Menurutnya, cabaran sebenar buat Maxxis ialah kejatuhan nilai ringgit Malaysia sekarang memandangkan urusan pengimportannya perlu dilakukan dalam dolar Amerika Syarikat.

“Maxxis sedia menyerap lebihan kos itu sebagai menghargai sokongan pelanggan sejak memasuki pasaran negara ini, lapan tahun lalu,” katanya pada majlis pelancaran empat model baharu Maxxis ST2, M6233/6234 dan MA-F1 di Johor Bahru, Johor yang turut dihadiri Presiden Maxxis Antarabangsa, Dr. Wally YH Chen, baru-baru ini.

Tan Kiat berkata, langkah ini diambil berikutan sambutan terhadap tayar Maxxis menggalakkan sekali gus membantu mereka mencapai sasaran jualan yang ditetapkan setiap tahun menerusi pengedar dan pengimport tunggalnya di negara ini, Daytona Sport Sdn. Bhd.

Tayar radial berprestasi tinggi Maxxis ST2 ditawarkan buat pengguna jalan raya yang bersemangat perlumbaan; Maxxis M6233/6234 untuk penggemar tayar tahan lama dan lebih mesra pengguna manakala versi perlumbaan teknologi melekat 3D menjadi ciri-ciri istimewa Maxxis MA-F1.

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: