#SENSASI~Pasangan bakal timang anak kelima gagal kemuka sijil nikah sah

Suami isteri terbabit disoal siasat oleh pegawai penguatkuasa Jaij.

JOHOR BAHRU – Pasangan suami isteri yang bakal menimang cahaya mata kelima gagal mengemukakan sijil nikah walaupun mendakwa telah berkahwin secara sah ketika ditahan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (Jaij).

Status perkahwinan wanita yang sarat mengandung berumur 27 tahun itu, turut menimbulkan keraguan di kalangan penduduk di Kampung Sungai Penderam, Mukim Sungai Tiram termasuk pihak Klinik Kesihatan kawasan berkenaan.

Hasil operasi kira-kira jam 11.30 malam, kelmarin diketuai Pegawai Penguatkuasa Jaij, Khairudin Mat Ali bersama tiga anggota mendapati suami wanita terbabit berusia 40-an berasal dari Deli, Indonesia tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.

Kedua-duanya mendakwa telah berkahwin secara sah berwalikan bapa kandung wanita terbabit pada tahun 2009. Bagaimanapun pasangan ini memberi pelbagai alasan apabila diminta mengemukakan bukti dan akhirnya mengakui tidak mempunyai sijil nikah.

“Kami adalah pasangan suami isteri yang sah, tetapi ramai saksi perkahwinan sudah meninggal dunia termasuk bapa kandung yang menjadi wali.

“Saya akui kami bernikah selepas melahirkan anak sulung..namun tiga zuriat kami termasuk dalam kandungan ini adalah anak sah taraf,” kata wanita yang hamil lapan bulan berkenaan.
Anak- anak pasangan terbabit sedang tidur ketika operasi dijalankan.

Bagaimanapun apabila diminta mengemukakan sijil lahir anak mereka, pasangan itu memberikan alasan kononnya kesemua dokumen berkenaan tidak disimpan di kediaman mereka.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Jaij, Mohd Zamri Kambari ketika mengesahkan penahanan pasangan itu dan memberitahu siasatan selanjutnya akan dijalankan.

“Siasatan terperinci akan dijalankan untuk menentukan status anak-anak pasangan itu sama ada sah, tidak sah atau subahah,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya sudah menahan lelaki berkenaan untuk membantu siasatan, manakala atas dasar kebajikan kepada kanak-kanak berkenaan, wanita terbabit diserahkan notis untuk hadir ke pejabat Jaij sebelum 6 April ini.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen Seksyen 23 atau 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997 kerana persetubuhan luar nikah atau khalwat yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara tiga tahun, jika sabit kesalahan.[SH]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: