#SUKAN~Ranking Chong Wei terus menjunam

SEPERTI dijangka, ranking bekas pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei terus jatuh dan kali ini berada di tangga ke-30 dalam ranking terbaru Persekutuan Badminton Dunia (BWF) semalam.

Dalam kedudukan ranking itu, Chong Wei kekal mengumpul 37,831 mata selepas hampir enam bulan tidak beraksi dalam mana-mana kejohanan antarabangsa.

Kejatuhan ranking itu disebabkan penggantungan sementara oleh BWF sehingga pemain itu tidak dapat beraksi dalam beberapa kejohanan tahun ini termasuk All England, Terbuka India dan Terbuka Malaysia.

Chong Wei kini menunggu keputusan perbicaraan kes doping selepas perbicaraan yang berlangsung di Amsterdam, Sabtu lalu tidak menemui sebarang keputusan.

Dalam pada itu, pemain perseorangan lelaki nombor dua negara, Chong Wei Feng naik lima anak tangga apabila menghuni tangga ke-39 dengan jumlah 31,359 mata, manakala Zulfadli Zulkifli di tangga ke-44 dengan 28,910 mata.

Pemain China, Chen Long terus mengungguli ranking dunia dengan 88,961 mata diikuti pemain Denmark, Jan O Jorgensen (75,893 mata) dan bekas pemain nombor satu dunia, Lin Dan dari China di tangga ketiga dengan 75,530 mata.[SH]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: