#SENSASI~Pasukan mana pilihan Cristiano Ronaldo musim depan?

Cristiano Ronaldo

PENYERANG sensasi Cristiano Ronaldo tidak lagi berminat melanjutkan karier bola sepaknya bersama pasukan Real Madrid pada musim depan.

Menurut laporan Sport, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan Ronaldo mengambil keputusan untuk berhijrah selepas enam tahun menabur bakti untuk Los Blancos.

Hubungan antara Presiden Real, Florentino Perez yang kurang baik malah dikatakan bertambah buruk selepas pemecatan Carlo Ancelotti.

Malah pemain itu juga dilihat kurang yakin dengan kemampuan Rafael Benitez yang khabarnya akan menjadi pengendali baru pasukan itu.

Terdapat tiga kelab yang dikatakan berminat untuk mendapatkan khidmat pemain itu antaranya Paris Saint Germain (PSG) , Chelsea dan Manchester United.

Memetik laporan Metro uk, Manchester United akan membida pemain itu dengan harga RM914juta (£100m) Walau bagaimanapun, Ronaldo masih terikat kontrak dengan pasukan itu hingga tahun 2018 namun tidak akan menghalang pemain itu berhijrah jika mempunyai tawaran yang baik.

Musim ini, Ronaldo telah meledakkan 61 gol dalam 54 perlawanan.[SH]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: