#BREAKING NEWS~Gempa bumi sederhana 5.9 richter landa Sabah

Salah satu gambar menunjukkan kesan gempa bumi di salah satu kawasan di Sabah. - Foto sumber internet

KUALA LUMPUR - Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.9 pada skala Richter berlaku di Ranau, Sabah pada 7.15 pagi ini.

Pusat Gempa Bumi dan Tsunami Nasional dalam kenyataan berkata, gegaran dirasai di kebanyakan tempat di Sabah termasuk Ranau, Tambun, Pedalaman, Tuaran, Kota Kinabalu dan Kota Belud.

Pusat gempa tersebut terletak 16km barat laut Ranau. Jurucakap pusat tersebut ketika dihubungi berkata, tiada lagi gempa bumi‎ dilaporkan, sehingga berita ini ditulis.

Ia turut menyebut, Jabatan Meteorologi sedang memantau perkembangan ini dan akan memaklumkan maklumat terkini.

Sementara itu, tinjauan di media sosial mendapati beberapa netizens berkongsi gambar kerosakan harta benda selain memuat naik status akibat gegaran tersebut. - Bernama

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: