#HOT NEWS~Dialog PM bersama NGO bertukar kecoh

Suasana dialog bertukar kecoh. - Foto Sinar Online oleh NIZAM ZAIN

KUALA LUMPUR - Suasana di luar bilik Seroja bertukar menjadi tegang selepas Tun Dr Mahathir Mohamad keluar menuju ke dewan Tun Hussien Onn.

Puluhan media yang menunggu di hadapan bilik tersebut berasak bersama-sama dengan penyokong mantan Perdana Menteri itu yang turut mengiringi ke dewan dialog.

Penyokong itu melaungkan 'Hidup Tun' manakala Dr Mahathir hanya senyum ke arah media tanpa memberi sebarang kenyataan.

Media tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan dan pintu dikunci sejurus kemasukan Dr Mahathir pada jam 10.20 pagi.

Sebelum itu, Pengerusi Sukaguam yang menjadi penganjur program ini, Datuk Khairul Anwar berkata, beliau akan menemui media untuk menyatakan status dialog ini.

"Saya masuk jumpa Tun dahulu, kemudian akan bercakap," katanya ringkas.

Kelibat Datuk Seri Najib Razak masih tidak kelihatan.

Mengikut jadual, Perdana Menteri dijadualkan tiba pada jam 9 pagi.[SH]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: